Friday, 16 November 2012

TIPS BELAJAR SAAT AKHIR..

Assalamualaikum.. 2 hari lagi aku akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia.. pendapat sesetengah orang STPM merupakan peperiksaan ke 5 tersusah di dunia!!! seram sejuk aku mendengarnya, dekat sini aku nak kongsikan tip belajar saat akhir


firstly, korang kena Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. 


second,. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.


third, korang jangan tinggalkan nota kecik yang korang dah buat.. saat macam nie memang sangat berguna untuk memudahkan korang mengingat walau dimana korang berada.. baca nota kecik dan faham.. nota kecik nie dapat mempengaruhi fikiran korang bahawa ilmu yang korang belajar tu mudah kerana boleh di simpan di dalam poket seluar..



lastly, kalau korang hebat.. cuba buat photographic memory.. photographic memory nie adalah kelebihan untuk mengingat sesuatu images pada masa lepas.. korang boleh menggunakan teknik nie untuk mengingat nota dalam buku teks korang secara menyuluruh dalam satu muka surat..

semoga dengan tips ini membantu korang menghadapi sebarang peperiksaan.. gud luck =D


Thursday, 15 November 2012

U Mobile. Pakej Internet murah..

Assalamualaikum.. Aku ade terdengar tentang pakej U Mobile yang murah.. So, aku terus survey..

Dari maklumat yang aku dapat memang sangat berbaloi!!

Cuba korang perhatikan maklumat dekat bawah nie.. Kalau nk lebih jelas, korang boleh tengok dekat page
U Mobile


Tuesday, 13 November 2012

Target STPM

Assalamualaikum.. Setiap manusia mempunyai keinginan untuk berjaya?? Aku pun mcm tu.. So, aku dh letak an matlamat aku.. Stpm ini aku aim to get pointer 3.3 above.. InsyaAllah.. Maybe dengan result tu ak boleh apply ukm.. 
Aku harap berkat doa dan usaha aku selama nie membolehkan aku menjejakkan kaki di ukm sebagai seorang student kelak..

Seminggu sebelum STPM

Cikgu ak still buat tuition dalam cuti sekolah.. Sungguh terharu.. Cikgu aku nie faham agaknye yang kami semua perlukan cikgu disaat akhir nie..haha..
Mule2 belajar mikroekonomi n makroekonomi.. Lpas sejam blajar terus mengantok..haha.. Keluar kelas jap untuk cuci muke (*alasan).. Haha.. Nie la tujuan sebenar keluar kelas.. Ok x?? Haha.. 

Kenangan akhir di sekolah..


Monday, 12 November 2012

Entry pertama aku

Assalamualaikum.. Nama aku kimie.. Ak dh lama rancang nak tulis blog nie.. Sekarang masa yang sesuai untuk ak mulakan hidup sebagai seorang blogger.. Minta maaf  kalau penulisan aku menyentuh mana2 pihak.. Mungkin tidak perasan.. Nantikan entry aku yang seterusnya..