TIPS BELAJAR SAAT AKHIR..
Assalamualaikum.. 2 hari lagi aku akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia.. pendapat sesetengah orang STPM merupakan peperiksaan ke 5 tersusah di dunia!!! seram sejuk aku mendengarnya, dekat sini aku nak kongsikan tip belajar saat akhir
firstly, korang kena Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A.
second,. Belajar bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.
third, korang jangan tinggalkan nota kecik yang korang dah buat.. saat macam nie memang sangat berguna untuk memudahkan korang mengingat walau dimana korang berada.. baca nota kecik dan faham.. nota kecik nie dapat mempengaruhi fikiran korang bahawa ilmu yang korang belajar tu mudah kerana boleh di simpan di dalam poket seluar..
lastly, kalau korang hebat.. cuba buat photographic memory.. photographic memory nie adalah kelebihan untuk mengingat sesuatu images pada masa lepas.. korang boleh menggunakan teknik nie untuk mengingat nota dalam buku teks korang secara menyuluruh dalam satu muka surat..
semoga dengan tips ini membantu korang menghadapi sebarang peperiksaan.. gud luck =D